Iklan Jawatan Kosong SESB
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkebolehan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
Jurutera Elektrik
(Jabatan Perancangan Tariff & Harga)
Rujukan kami: SESB/CONF/JSM/101/004/J1/13
Skop tugas:
- Membuat kajian beban untuk model / rekabentuk tarif
- Membuat analisis sampel dan profil beban kumulatif bagi mengenalpasti pelbagai petunjuk kepada kategori tarif seperti faktor beban dan faktor kehilangan (loss)
- Membuat kajian kepada pengguna tahap pendapatan mereka dengan perubahan struktur tarif dan profil beban
- Membuat ramalan profil beban terperinci mengikut kategori pengguna utama jika terdapat perubahan dalam struktur tarif
- Bertanggungjawab ke atas pentadbiran semua aktiviti, fungsi dan pembangunan Unit Kajian Beban
Syarat-syarat Kelayakan
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari universiti-universiti tempatan atau lain-lain kelayakan yang relevan dan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja yang relevan dengan jawatan yang dipohon
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Jurutera Elektrik
(Kendalian Pembahagian Kota Kinabalu (KPKK))
Rujukan kami: SESB/CONF/JSM/101/004/J1/12
Skop tugas:
- Mengatur, menyelia dan merekod kerja-kerja projek System Improvement
- Menganalisa perbelanjaan CAPEX dan OPEX
- Menyediakan laporan pelan bisnes Jabatan
- Membuat pemeriksaan fizikal terhadap stok item 11kv ke bawah yang sampai di stor
- Membuat perbincangan bersama Jabatan Perancangan Sistem mengenai cadangan System Improvement dan AKM yang dimajukan
- Memastikan keselamatan di tempat kerja diutamakan dan mengiut garis panduan yang telah ditetapkan oleh akta, peraturan dan SEMS audit
Syarat-syarat Kelayakan
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari universiti-universiti tempatan atau lain-lain kelayakan yang relevan dan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja yang relevan dengan jawatan yang dipohon
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengemukakan resume yang komprehensif, sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil-sijil kelayakan serta lain-lain dokumen yang DIAKUI SAH dan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
PENGURUS BESAR SUMBER MANUSIA
SABAH ELECTRICITY SDN BHD
TINGKAT 3, WISMA SESB,
JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN,
88673 KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Tutup: 30 April 2010
Iklan Pengambilan Pelatih
Skim Khas Perkhidmatan Siswazah (SKPS) Pentadbiran
Sabah Electricity Sdn. Bhd., Sebuah syarikat utiliti elektrik di Sabah, mempelawa graduan-graduan muda yang cemerlang untuk membina kerjaya mereka dengan Syarikat ini. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakann dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan untuk mengikuti Skim Khas Perkhidmatan Siswazah seperti berikut:
1.0 Syarat-syarat kelayakan
1.1 Calon-calon yang layak memohon adalah mereka yang memiliki kelulusan dalam bidang seperti berikut:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia atau Pengurusan Pentadbiran Perniagaan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
Calon-calon yang berjaya akan diletakkan di dalam Skim Khas Perkhidmatan Siswazah (SKPS) dan mereka akan dibekalkan dengan kaedah pembelajaran yang komprehensif, melalui program latihan dalam kerja (LDK) di SESB serta akan diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya.
2.0 Tempoh Latihan
2.1 Tempoh latihan Skim Khas Perkhidmatan Siswazah (SKPS) ini ialah selama enam (6) bulan hingga satu (1) tahun
3.0 Pekerjaan Dengan SESB
3.1 Pelatih-pelatih yang berjaya menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dalam tempoh enam (6) bulan pertama boleh dipertimbangkan untuk dilantik sebagai pekerja tetap dalam perkhidmatan di SESB
4.0 Elaun semasa Latihan
4.1 Elaun Latihan: RM1,000.00 sebulan
5.0 Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengoisi borang permohonan SESB yang berharga RM1.00 yang boleh didapati di semua Pejabat Sabah Electricity Sdn. Bhd. yang berhampiran
Hanya calon-calon yang disenarai-pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan), salinan sijil-sijil kelayakan serta lain-lain dokumen yang DIAKUI SAH hendaklah dihantar tidak lewat dari 30 April 2010 kepada:
PENGURUS BESAR SUMBER MANUSIA
SABAH ELECTRICITY SDN BHD
TINGKAT 3, WISMA SESB,
JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN,
88673 KOTA KINABALU, SABAH
Vacancies
We are an established engineering firm in Kolombong invites applicants for the posts of:
Project Engineer
- A recognized Degree or Diploma in mechanical engineering or its equivalent
- More than 3 years of project management in mechanical works
- Dynamic independent and possess good managerial & technical skills
- Familiar with tender estimation
Quantity Surveyor
- At least 5 years of experience in the administration of M & E
- Contracts, take off quantities for structural & mechanical works
- Good interpersonal and communication skills, yet amenable to instructions
- Computer literate in Microsoft Word and Excel
- Willing to work had and demonstrate initiative and commitment
- A meticulous worker with an aptitude for accuracy and high level of integrity
Fitters / Welder
- Min. 2 years working experience
- Willing to work long hours
- Possess welder certificate is an advantage
Tel: 088-423903 , 424560
Fax: 088-424557
email: baew@streamyx.com
No comments:
Post a Comment