Search for vacancies:

Friday, November 26, 2010

Jobs In Sabah : 26 November 2010, Friday


Iklan Pengambilan Pelatih
Program Eksekutif Pelatih (PEP)
Bidang Kejuruteraan
Sabah Electricity Sdn Bhd sebuah syarikat utiliti elektrik di Sabah, mempelawa graduan-graduan muda yang cemerlang untuk membina kerjaya mereka dengan syarikat ini. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan untuk mengikuti Program Eksekutif Pelatih (PEP) seperti berikut:

1.0 Syarat-syarat kelayakan
1.1 Calon-calon yang layak memohon adalah mereka yang memiliki kelulusan dalam bidang seperti berikut:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik atau Mekanikal dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan memperolehi CPGA sekurang-kurangnya 3.00 ke atas dan
- Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya

Calon-calon yang berjaya akan diletakkan di dalam Program Eksekutif Pelatih (PEP) dan mereka akan dibekalkan dengan kaedah pembelajaran yang komprehensif, melalui program latihan dalam kerja (LDK) di SESB serta akan diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya

2.0 Tempoh latihan
2.1 Tempoh Latihan Program Eksekutif Pelatih (PEP) ini ialah selama satu (1) tahun

3.0 Pekerjaan Dengan SESB
3.1 Pelatih-pelatih yang berjaya menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dalam tempoh latihan boleh dipertimbangkan untuk diserap ke perkhidmatan tetap di SESB

4.0 Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan SESB yang berharga RM1.00 dan boleh didapati di semua Pejabat Sabah Electricity Sdn Bhd yang berhampiran

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan), salinan sijil-sijil kelayakan serta lain-lain dokumen yang DIAKUI SAH hendaklah dihantar tidak lewat dari 08 Disember 2010 kepada:

Hanya calon-calon yang disenarai-pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Pengurus Besar (Sumber Manusia)
Sabah Electricity Sdn Bhd
Tingkat 3, Wisma SESB
Jalan Tunku Abdul Rahman
88673 Kota Kinabalu

Vacancies
We are an established Engineering Company specialized in Extra Low Voltage System (ExLV) including Building Automation & Security, Smart Home, Addressable Fire Alarm System and PA Systems. We have immediate vacancies for hard working and dynamic individuals to join our expanding team for the following positions:

System Support Engineer

Job Functions:
- Provide technical support for our Building Automation and Security Systems
- Part of projects implementation team
Requirements:
- Degree or Diploma in Computer Science or Electronic Engineering
- Knowledge of PLC's or DDC programming skills will be an added advantage
- Excellent opportunities for growth for candidates who has been interest in system programming
System Support Specialist
Job Functions:
- Provide technical support for our Addressable Fire Alarm, Security and PA Systems
- Part of projects implementation team
Requirements:
- Diploma or Certificate in Computer Science or Electronics Engineering
- Knowledge of computer programming languages

In-house and / or Principal's conducted Trainings will be provided

Excellent remuneration package commensurate with experience and know how will be offered. Interested applicants please fax or email detail resume to:

Maritime & Industrial Engineers Sdn Bhd
Unit no.10, Lot 83, Lorong Mega 1,
Sedco Industrial Estate,
Jalan Kolombong,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-438998
Fax: 088-438008
email: mies@streamyx.com



No comments:

Tatacara temuduga